Sabtu, 30 April 2011

cInTa diSiSi iSLaM


hati remaja selalu berkata,apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan di cintai adalah semula jadi. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun, Allah tidak kurniakan cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Ketika itulah fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau di isi mengikut peraturan, maka akan belakulah kekalutan dan kemusnahan.