Khamis, 21 Februari 2013

Sabtu, 8 Disember 2012

Rabu, 28 November 2012

~taman rama2~

ni time p taman rama2... bez giler kot...hahaha.... 
rasa macm nk terbang ngan rama2 jer... mcm xnak blik duk main2 ngan rama2...
kwn2 jom r mai cni....

Selasa, 20 Mac 2012

Sungai Acheh Dlm Memory

peach no war...
salam di beri....
   Aku bersama 3 lagi sahabat iaitu Tini, Nadia dan Farzana telah di hantar ke Klinik Sg. Acheh, Nibong Tebal untuk menjalani sesi praktikal atau clinical experience...
   Perasaan mula2 nak happy sngat2... dalam fikiran ni da mcm2 andaian ada..mcm2 yg di fikirkan..ada baik n ad sebaliknya...
   lebih kurang stengah jam perjalanan kami pn sampai la kt sini...Klinik nya besar lah juga.. Cantik...
    Kami di beri kunci rumah oleh sn Rodzoh...


Melangkah masuk ke rumah yg menempatkan kami,, Ya Allah terkjutnya kami mlihat keadaan rumah yg teramat kotor,penuh habuk,penuh sampah dan sarang labah-labah...
   mengeluh seketika kami sementara acara membersih rumah di mulakan.. xtau nk mulakan di mana...
   kami gotong royong sama2 untuk beri rumah ini nafas baru...
lebih kurang 2 jam kerja kami selesai..
    tanpa rehat kami terus bersiap keluar untuk mencari barang dapur... Yalah kt sini kami terpaksa masak sendiri...
    setelah kembali dr kedai kami rehat sepuas2nya...esok kami da mula kerja di klinik ini...
   
ISNIN: 05 March 2012
  pagi2 lg kami da siap untuk ke klinik yg hanya sebelah dgn kuartes kami..dengan semangat dan harapan moga dpt mengutip sedikit ilmu di sini,...
    dipendekkan cerita, kami telah berkenalan dengan staff di sini secara x langsung... mcm2 yg kami jumpa.. no komen la.. 1st day kami da x sanggup...2 3 hari kemudian pun sama...da rsa tekanan...
SABAR. ini shja yg perlu ada sekarang...aku kuatkan diri.. Mak n abah da pesan sabar je..insyaAllah semuanya akan baik x lama lg...
betul kata mak.. msuk minggu kedua da nampak semua staff da friendly dgn kami...
    sekarang minggu last kami disini...da mula rasa seronok di sini...
dengan staff da rapat, mereka pun banyak memberi tunjuk ajar pada kami... Apapun thanks buat semua...
                 


                ....JASAMU TETAP KAMI KENANG.....
SN Rozi, SN Hasnah, SN shahrizad, SN Rosmida, JM Zarina, Jm Jastina, JM hamisza, JM zuhaila, JM azua, JM razlina...

Jumaat, 20 Mei 2011

tEmAn



Mencari seorang teman bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri.. Bersedialah untuk dilukai, jangan mengalah untuk terus mencari.. Andai sudah kau temui SAYANGILAH dia sepenuh hai... 

Sabtu, 30 April 2011

cInTa diSiSi iSLaM


hati remaja selalu berkata,apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan di cintai adalah semula jadi. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun, Allah tidak kurniakan cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Ketika itulah fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau di isi mengikut peraturan, maka akan belakulah kekalutan dan kemusnahan.