Pilihan raya adalah sebahagian daripada sistem pemerintahan demokrasi. Tujuan utama pilihan raya ini adalah untuk memilih pemimpin bagi mewakili rakyat untuk mentadbir negara. Pemimpin yang berkaliber biasanya menjadi undian terbesar salam kalangan rakyat dan masyarakat. Di Malaysia pilihan raya biasanya diadakan lima tahun sekali. Pilihan raya di Malaysia telah bermula pada tahun 1955. Pilihan raya yang tidak adilakan memberi kesan kepada negara seperti berlakunya rusuhan dan pembunuhan. Dalam pilihan raya yang di anggap adil kita dapat melihat beberapa situasi.
Beberapa situasi dapat di perhatikan dalam pilihan raya yang adil seperti kebeneran untuk mengundi. Semua yang layak untuk mengundi dibenarkan membuat pilihan. Setiap rakyat perlu mencapai umur 21 tahun barulah boleh mendaftar sebagai pemilih. Dalam pilihan raya yang asil tidak ada halangan yang wujud daripada bangsa,kaum atau agama. Contohnya di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu China,India dan Melayu. Semua kaum di benarkan mengundi.
Antara lain situasi ialah hak untuk memilih dimana rakyat berhak memilih mana-mana calon yang mereka suka. Dalam situasi ini,tiada tekanan untuk memilih berdasarkan pekerjaan calon atau mereka yang bekerja tidak ada paksasan daripada majikan atau pihak lain. Selain itu, pemilihan tidak berdasarkan kedudukan calon.
Hak untuk berkempen juga merupakan satu situasi yang penting dalam menghasilkan pilihan raya yang adil. Calon berhak untuk berkempen untuk mendapatkan kemenanagan. Selain itu, penyokong parti politik berhak berkempen untuk parti mereka. Penyokong dan calon boleh mengadakan kempen untuk menarik undian terhadap pemimpin itu. mereka boleh mengedar poster-poster berkenaan kebaikan parti dan calon dalam pilihan raya. Di Malaysia tempoh mengadakan kempen adalah 14 hari atau dua minggu. Di mulakan selepas penamaan calon hinggalah pukul 12.00 tengah malam sehari sebelum mengundi.
Dalam pada itu, hak untuk menyaksikan proses pengundian adalah penting untuk menghasilkan pilihan raya yang adil. Wakil bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Mereka juga di beri hak untuk menyaksikan proses pengiraan undi. Hal ini penting bagi mebghasilkan pilihan raya adil. Selain itu, memberi kepuasan kepada semua yang terlibat dalam pilihan raya.
Dengan ini dapatlah kita simpulkan bahawa pilihan raya adalah perkara yang amat penting bagi memilih pemimpin dalam negara. Pilihan raya yang bersih akan memberi kesan yang baik kepada rakyat dan negara. Rakyat akan menerima keputusan pengundian dengan puas hati, selain itu, negara akan aman dan damai serta bebas daripada sebarang rusuhan dan pembunuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan