Selasa, 1 Jun 2010

MuTiArA kaTa

  • berfikir itu cahaya,kelalaian itu kegelapan,kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiayai orang di bawahnya.
  • bermimpilah tentang apa yang kita impikan,pergilah ketempat yang kita ingin pergi,jadilah seperti yang kita inginjadi,kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang kita ingin lakukan.
  • jadilah seperti sebatang pen,menabur bakti sehingga ke tinta terakhir. Hilang bakti diri terbuang,namun tidak meminta balasan.
  • belajarlah berdikari tanpa mengharapkan simpati dan jika gagal, belajarlah dari kesilapan.Tentu ada hikmah di sebalik kegagalan itu.
  • belajar tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.
  • kecemerlangan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.
  • orang yang berilmu menyedari timbulnya keinsafan dari perasaan. Timbulnya kemahuan dari keinginan. Timbulnya keyakinan dari kepercayaan. Timbulnya kepandaian dari kerajinan. Dan timbulnya dengki dari iri hati.
  • perjalanan hidup ini ibarat memandu di lebuh raya. jika terlanggar undang-undang maka padahlah yang akan kita terima. bersiap sedialah menerima notis dai JPJ. Dan nkalau hidup ini melanggar hukum Allah,maka bersedialah kita menghadapiNya kelak.
  • Allah tak akan beri apa yang kita mahukan tetapi Allah berikan apa yang kita perlukan.Lihatlah betapa adilnya Allah.Tidak pernah sesekali menyiksa kehidupan kita. Hanya orang yang kufur nikmat sahaja tidak bersyukur denagan segala pemberiannya.

1 ulasan:

  1. tiada terbaik bagi manusia melainkan kata2nya perbuatanya dan jiwanya....

    BalasPadam