Khamis, 3 Jun 2010

PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah sebahagian daripada sistem pemerintahan demokrasi. Tujuan utama pilihan raya ini adalah untuk memilih pemimpin bagi mewakili rakyat untuk mentadbir negara. Pemimpin yang berkaliber biasanya menjadi undian terbesar salam kalangan rakyat dan masyarakat. Di Malaysia pilihan raya biasanya diadakan lima tahun sekali. Pilihan raya di Malaysia telah bermula pada tahun 1955. Pilihan raya yang tidak adilakan memberi kesan kepada negara seperti berlakunya rusuhan dan pembunuhan. Dalam pilihan raya yang di anggap adil kita dapat melihat beberapa situasi.

Beberapa situasi dapat di perhatikan dalam pilihan raya yang adil seperti kebeneran untuk mengundi. Semua yang layak untuk mengundi dibenarkan membuat pilihan. Setiap rakyat perlu mencapai umur 21 tahun barulah boleh mendaftar sebagai pemilih. Dalam pilihan raya yang asil tidak ada halangan yang wujud daripada bangsa,kaum atau agama. Contohnya di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu China,India dan Melayu. Semua kaum di benarkan mengundi.

Antara lain situasi ialah hak untuk memilih dimana rakyat berhak memilih mana-mana calon yang mereka suka. Dalam situasi ini,tiada tekanan untuk memilih berdasarkan pekerjaan calon atau mereka yang bekerja tidak ada paksasan daripada majikan atau pihak lain. Selain itu, pemilihan tidak berdasarkan kedudukan calon.
Hak untuk berkempen juga merupakan satu situasi yang penting dalam menghasilkan pilihan raya yang adil. Calon berhak untuk berkempen untuk mendapatkan kemenanagan. Selain itu, penyokong parti politik berhak berkempen untuk parti mereka. Penyokong dan calon boleh mengadakan kempen untuk menarik undian terhadap pemimpin itu. mereka boleh mengedar poster-poster berkenaan kebaikan parti dan calon dalam pilihan raya. Di Malaysia tempoh mengadakan kempen adalah 14 hari atau dua minggu. Di mulakan selepas penamaan calon hinggalah pukul 12.00 tengah malam sehari sebelum mengundi.
Dalam pada itu, hak untuk menyaksikan proses pengundian adalah penting untuk menghasilkan pilihan raya yang adil. Wakil bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Mereka juga di beri hak untuk menyaksikan proses pengiraan undi. Hal ini penting bagi mebghasilkan pilihan raya adil. Selain itu, memberi kepuasan kepada semua yang terlibat dalam pilihan raya.
Dengan ini dapatlah kita simpulkan bahawa pilihan raya adalah perkara yang amat penting bagi memilih pemimpin dalam negara. Pilihan raya yang bersih akan memberi kesan yang baik kepada rakyat dan negara. Rakyat akan menerima keputusan pengundian dengan puas hati, selain itu, negara akan aman dan damai serta bebas daripada sebarang rusuhan dan pembunuhan.

Selasa, 1 Jun 2010

MuTiArA kaTa

  • berfikir itu cahaya,kelalaian itu kegelapan,kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiayai orang di bawahnya.
  • bermimpilah tentang apa yang kita impikan,pergilah ketempat yang kita ingin pergi,jadilah seperti yang kita inginjadi,kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang kita ingin lakukan.
  • jadilah seperti sebatang pen,menabur bakti sehingga ke tinta terakhir. Hilang bakti diri terbuang,namun tidak meminta balasan.
  • belajarlah berdikari tanpa mengharapkan simpati dan jika gagal, belajarlah dari kesilapan.Tentu ada hikmah di sebalik kegagalan itu.
  • belajar tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.
  • kecemerlangan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.
  • orang yang berilmu menyedari timbulnya keinsafan dari perasaan. Timbulnya kemahuan dari keinginan. Timbulnya keyakinan dari kepercayaan. Timbulnya kepandaian dari kerajinan. Dan timbulnya dengki dari iri hati.
  • perjalanan hidup ini ibarat memandu di lebuh raya. jika terlanggar undang-undang maka padahlah yang akan kita terima. bersiap sedialah menerima notis dai JPJ. Dan nkalau hidup ini melanggar hukum Allah,maka bersedialah kita menghadapiNya kelak.
  • Allah tak akan beri apa yang kita mahukan tetapi Allah berikan apa yang kita perlukan.Lihatlah betapa adilnya Allah.Tidak pernah sesekali menyiksa kehidupan kita. Hanya orang yang kufur nikmat sahaja tidak bersyukur denagan segala pemberiannya.

Ahad, 23 Mei 2010

kisah buang bayi


Di pagi hari yg nyaman, dua warga tua yg sudah lanjut usia duduk berehat-rehat. Pak abu dan Pak Majid namanya. Pak Abu mambaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.



Pak Abu :Majid,engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid:Hmmmmm.(jwb Pak majid acuh tak acuh).

Pak Abu :kut pun terdesak nak duit janganlah jual anak.banyak lagi cara nak dapat duit. kerja kat pam minyak ke,jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. betul tak Majid?

Pak Majid : Hmmmm (sambil menghembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya).

Pak Abu :Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ni kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak majid : Hmmmm... Nilah aku nak bagi tau engkau. kalaulah aku masa muda-muda dulu..aku jual je anak-anak aku tu.

Pak Abu :hah? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid :Hoiiii...enkau sedar tak sekarang ni berada di mana? sedarlah Abu... Kita sekarang di RUMAH KEBAJIKAN ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu : HEHEHEHEHEHEHE....

Rabu, 12 Mei 2010

al istiqlal

utlubul ilmi minal mahdi,ila lahdi...

apabila melakukan sesuatu,kita haruslah lakukan dengan bersungguh-sungguh..penuh dengan disiplin dan tertib..jangan lakukan seperti "ayam mematuk beras"...

warnailah hari kita dengan apapun warna asalkan ia nampak menarik dan berseri...

gunakan sebelah tangan selagi termampu, jika sukar barulah gunakan sebelah lagi...jangan mengharapkan pertolongan orang lain selagi ada kudrat kita sendiri...