Jumaat, 2 September 2016

ini kisah kami

salam semua... fuhh berhabuk blog ni.. mana taknya.. sejak kahwin ni lah 1st time aku log in masuk kat blog peribadi aku ni.. sekarang dah 2016.. aku pun dah ada 2 org anak..
xda pa nak bercerita pun.. nak tepek gambar jelah..

nak kenalkan my small family..

ini my lovely hubby.. mohd fakrol hafizi bin zainudin.. 



ini anak sulung kami namanya muhammad fauzan hafidz..


ini pula anak kedua kami.. hasni surfina..



alhamdulillah kami bahagia dengan hidup kami walaupun bermacam dugaan dan cabaran.. tangis dan tawa.. biarlah org nak cakap apa pd family kami ni.. kami tak pernah nak mintak duit dorang pun...x pernah nak kacau hidup dorang... semoga Allah sntiasa lindungi keluarga kami... amin.






Rabu, 15 Mei 2013

30 PERKARA LELAKI TIDAK TAHU TENTANG WANITA



~ Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

~ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


~Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


~ Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


~Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


~ Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


~ Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


~ Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


~ Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


~ Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


~ Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


~ Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


~Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


~ Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


~ Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


~ Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


~ Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


~ Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


~Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


~Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


~Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


~ Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


~Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


~Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


~ Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


~Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


~ Senjata wanita adalah airmata!!


~Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


~Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…


~ Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Khamis, 21 Februari 2013

Sabtu, 8 Disember 2012

Rabu, 28 November 2012

~taman rama2~

ni time p taman rama2... bez giler kot...hahaha.... 
rasa macm nk terbang ngan rama2 jer... mcm xnak blik duk main2 ngan rama2...
kwn2 jom r mai cni....

Selasa, 20 Mac 2012

Sungai Acheh Dlm Memory

peach no war...
salam di beri....
   Aku bersama 3 lagi sahabat iaitu Tini, Nadia dan Farzana telah di hantar ke Klinik Sg. Acheh, Nibong Tebal untuk menjalani sesi praktikal atau clinical experience...
   Perasaan mula2 nak happy sngat2... dalam fikiran ni da mcm2 andaian ada..mcm2 yg di fikirkan..ada baik n ad sebaliknya...
   lebih kurang stengah jam perjalanan kami pn sampai la kt sini...Klinik nya besar lah juga.. Cantik...
    Kami di beri kunci rumah oleh sn Rodzoh...


Melangkah masuk ke rumah yg menempatkan kami,, Ya Allah terkjutnya kami mlihat keadaan rumah yg teramat kotor,penuh habuk,penuh sampah dan sarang labah-labah...
   mengeluh seketika kami sementara acara membersih rumah di mulakan.. xtau nk mulakan di mana...
   kami gotong royong sama2 untuk beri rumah ini nafas baru...
lebih kurang 2 jam kerja kami selesai..
    tanpa rehat kami terus bersiap keluar untuk mencari barang dapur... Yalah kt sini kami terpaksa masak sendiri...
    setelah kembali dr kedai kami rehat sepuas2nya...esok kami da mula kerja di klinik ini...
   
ISNIN: 05 March 2012
  pagi2 lg kami da siap untuk ke klinik yg hanya sebelah dgn kuartes kami..dengan semangat dan harapan moga dpt mengutip sedikit ilmu di sini,...
    dipendekkan cerita, kami telah berkenalan dengan staff di sini secara x langsung... mcm2 yg kami jumpa.. no komen la.. 1st day kami da x sanggup...2 3 hari kemudian pun sama...da rsa tekanan...
SABAR. ini shja yg perlu ada sekarang...aku kuatkan diri.. Mak n abah da pesan sabar je..insyaAllah semuanya akan baik x lama lg...
betul kata mak.. msuk minggu kedua da nampak semua staff da friendly dgn kami...
    sekarang minggu last kami disini...da mula rasa seronok di sini...
dengan staff da rapat, mereka pun banyak memberi tunjuk ajar pada kami... Apapun thanks buat semua...
                 


                ....JASAMU TETAP KAMI KENANG.....
SN Rozi, SN Hasnah, SN shahrizad, SN Rosmida, JM Zarina, Jm Jastina, JM hamisza, JM zuhaila, JM azua, JM razlina...

Jumaat, 20 Mei 2011

tEmAn



Mencari seorang teman bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri.. Bersedialah untuk dilukai, jangan mengalah untuk terus mencari.. Andai sudah kau temui SAYANGILAH dia sepenuh hai... 

Sabtu, 30 April 2011

cInTa diSiSi iSLaM


hati remaja selalu berkata,apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan di cintai adalah semula jadi. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun, Allah tidak kurniakan cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Ketika itulah fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau di isi mengikut peraturan, maka akan belakulah kekalutan dan kemusnahan.



Khamis, 3 Jun 2010

PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah sebahagian daripada sistem pemerintahan demokrasi. Tujuan utama pilihan raya ini adalah untuk memilih pemimpin bagi mewakili rakyat untuk mentadbir negara. Pemimpin yang berkaliber biasanya menjadi undian terbesar salam kalangan rakyat dan masyarakat. Di Malaysia pilihan raya biasanya diadakan lima tahun sekali. Pilihan raya di Malaysia telah bermula pada tahun 1955. Pilihan raya yang tidak adilakan memberi kesan kepada negara seperti berlakunya rusuhan dan pembunuhan. Dalam pilihan raya yang di anggap adil kita dapat melihat beberapa situasi.

Beberapa situasi dapat di perhatikan dalam pilihan raya yang adil seperti kebeneran untuk mengundi. Semua yang layak untuk mengundi dibenarkan membuat pilihan. Setiap rakyat perlu mencapai umur 21 tahun barulah boleh mendaftar sebagai pemilih. Dalam pilihan raya yang asil tidak ada halangan yang wujud daripada bangsa,kaum atau agama. Contohnya di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu China,India dan Melayu. Semua kaum di benarkan mengundi.

Antara lain situasi ialah hak untuk memilih dimana rakyat berhak memilih mana-mana calon yang mereka suka. Dalam situasi ini,tiada tekanan untuk memilih berdasarkan pekerjaan calon atau mereka yang bekerja tidak ada paksasan daripada majikan atau pihak lain. Selain itu, pemilihan tidak berdasarkan kedudukan calon.
Hak untuk berkempen juga merupakan satu situasi yang penting dalam menghasilkan pilihan raya yang adil. Calon berhak untuk berkempen untuk mendapatkan kemenanagan. Selain itu, penyokong parti politik berhak berkempen untuk parti mereka. Penyokong dan calon boleh mengadakan kempen untuk menarik undian terhadap pemimpin itu. mereka boleh mengedar poster-poster berkenaan kebaikan parti dan calon dalam pilihan raya. Di Malaysia tempoh mengadakan kempen adalah 14 hari atau dua minggu. Di mulakan selepas penamaan calon hinggalah pukul 12.00 tengah malam sehari sebelum mengundi.
Dalam pada itu, hak untuk menyaksikan proses pengundian adalah penting untuk menghasilkan pilihan raya yang adil. Wakil bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Mereka juga di beri hak untuk menyaksikan proses pengiraan undi. Hal ini penting bagi mebghasilkan pilihan raya adil. Selain itu, memberi kepuasan kepada semua yang terlibat dalam pilihan raya.
Dengan ini dapatlah kita simpulkan bahawa pilihan raya adalah perkara yang amat penting bagi memilih pemimpin dalam negara. Pilihan raya yang bersih akan memberi kesan yang baik kepada rakyat dan negara. Rakyat akan menerima keputusan pengundian dengan puas hati, selain itu, negara akan aman dan damai serta bebas daripada sebarang rusuhan dan pembunuhan.

Selasa, 1 Jun 2010

MuTiArA kaTa

  • berfikir itu cahaya,kelalaian itu kegelapan,kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiayai orang di bawahnya.
  • bermimpilah tentang apa yang kita impikan,pergilah ketempat yang kita ingin pergi,jadilah seperti yang kita inginjadi,kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang kita ingin lakukan.
  • jadilah seperti sebatang pen,menabur bakti sehingga ke tinta terakhir. Hilang bakti diri terbuang,namun tidak meminta balasan.
  • belajarlah berdikari tanpa mengharapkan simpati dan jika gagal, belajarlah dari kesilapan.Tentu ada hikmah di sebalik kegagalan itu.
  • belajar tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.
  • kecemerlangan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.
  • orang yang berilmu menyedari timbulnya keinsafan dari perasaan. Timbulnya kemahuan dari keinginan. Timbulnya keyakinan dari kepercayaan. Timbulnya kepandaian dari kerajinan. Dan timbulnya dengki dari iri hati.
  • perjalanan hidup ini ibarat memandu di lebuh raya. jika terlanggar undang-undang maka padahlah yang akan kita terima. bersiap sedialah menerima notis dai JPJ. Dan nkalau hidup ini melanggar hukum Allah,maka bersedialah kita menghadapiNya kelak.
  • Allah tak akan beri apa yang kita mahukan tetapi Allah berikan apa yang kita perlukan.Lihatlah betapa adilnya Allah.Tidak pernah sesekali menyiksa kehidupan kita. Hanya orang yang kufur nikmat sahaja tidak bersyukur denagan segala pemberiannya.

Ahad, 23 Mei 2010

kisah buang bayi


Di pagi hari yg nyaman, dua warga tua yg sudah lanjut usia duduk berehat-rehat. Pak abu dan Pak Majid namanya. Pak Abu mambaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.



Pak Abu :Majid,engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid:Hmmmmm.(jwb Pak majid acuh tak acuh).

Pak Abu :kut pun terdesak nak duit janganlah jual anak.banyak lagi cara nak dapat duit. kerja kat pam minyak ke,jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. betul tak Majid?

Pak Majid : Hmmmm (sambil menghembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya).

Pak Abu :Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ni kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak majid : Hmmmm... Nilah aku nak bagi tau engkau. kalaulah aku masa muda-muda dulu..aku jual je anak-anak aku tu.

Pak Abu :hah? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid :Hoiiii...enkau sedar tak sekarang ni berada di mana? sedarlah Abu... Kita sekarang di RUMAH KEBAJIKAN ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu : HEHEHEHEHEHEHE....

Rabu, 12 Mei 2010

al istiqlal

utlubul ilmi minal mahdi,ila lahdi...

apabila melakukan sesuatu,kita haruslah lakukan dengan bersungguh-sungguh..penuh dengan disiplin dan tertib..jangan lakukan seperti "ayam mematuk beras"...

warnailah hari kita dengan apapun warna asalkan ia nampak menarik dan berseri...

gunakan sebelah tangan selagi termampu, jika sukar barulah gunakan sebelah lagi...jangan mengharapkan pertolongan orang lain selagi ada kudrat kita sendiri...